‘Barisan Harapan, bukan pakatan korup’ - Kor Ming

‘Barisan Harapan, bukan pakatan korup’ – Kor Ming

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: DAP meminta ahlinya supaya melupakan persengketaan lama dengan Barisan Nasional (BN) untuk memperkukuh kerajaan demi kebaikan rakyat.

 Naib Pengerusinya, Nga Kor Ming yang menggelar gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) sebagai Barisan Harapan berkata, semua parti dalam gabungan itu kini perlu saling menyokong dan bersatu hati tanpa mencetuskan apa-apa perbalahan lagi.

 “BN dan PH mungkin ada nama baharulah, Barisan Harapan. Barisan Harapan inilah kerajaan Malaysia Madani. Seharusnya kita lupakan sengketa ataupun perbalahan pada masa silam. Saya sarankan semua anggota parti DAP wajib untuk memberikan sokongan dan sokongan penuh kepada semua parti gabungan kerajaan Malaysia Madani. Kita tidak ada masa berbalah tetapi inilah masanya untuk kita fokus bekerja. 

“Tugas kita memperkukuh kerajaan sebab itu saya sudah katakan UMNO wajib bantu DAP, DAP wajib bantu UMNO,” katanya pada sidang akhbar ketika mengadakan lawatan ke Pasar Teluk Wanjah, di sini hari ini.

 Kor Ming mengulas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar BN sebagai ‘pakatan korup’ sekali gus mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli gabungan itu.

 Mengulas lanjut, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu, kerajaan sehingga kini berjaya membuktikan kemampuannya membawa negara ke tahap memberangsangkan berikutan beberapa pencapaian penting dalam tempoh enam bulan pertama ini.

 “Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia mengalahkan Korea Selatan dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2023. Kita naik lima anak tangga daripada tempat ke-32 tahun lalu kepada tempat ke-27 tahun ini, yang meletakkan kami lebih tinggi daripada Korea Selatan di tempat ke-28,” katanya.

 Mengulas tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, beliau berharap pengundi di Kedah memberikan sokongan kepada gabungan tersebut untuk memastikan negeri ini ditadbir dengan lebih cemerlang.

“Kepada pengundi di Kedah, kami berharap mereka akan menyokong usaha kami dalam membina masyarakat Madani Malaysia supaya dapat mencapai kestabilan politik dan menarik pelabur,” katanya.

 Sementara itu, DAP berharap diberi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah berbanding dua DUN ketika ini.

 “Jika boleh kita merayu kepada pucuk pimpinan, berikan peluang kerusi lebih. Jika ada peluang cerah untuk menang. Semua cadangan dikemukakan. Kita sebenarnya sudah sampai ke peringkat akhir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya