Bantuan Awal Pengajian YBR ringankan beban pelajar

Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat ringankan beban pelajar

YUSERRIE Zainuddin (kiri) dan Syaiful Rizal Abdul Ghani bersama pelajar di ruangan SIR Corner Universiti Malaysia Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat (YBR) iaitu inisiatif bantuan pelajar B40 kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di samping mahu memastikan mereka mendapat kualiti pendidikan sama seperti yang lain.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pihaknya sentiasa proaktif memberikan bantuan kepada golongan tidak bernasib baik terutamanya B40 agar dapat mengurangkan bebanan kewangan masing-masing.

“YBR sentiasa komited dalam memberikan bantuan kepada golongan tidak bernasib baik terutamanya B40 untuk mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan pelajar untuk meneruskan semester pengajian dan juga sebagai pemangkin untuk berusaha mendapat keputusan yang cemerlang di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, beliau dan delegasi YBR hadir bagi menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian YBR dan perasmian SIR Corner kepada pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Replika cek Bantuan Awal Pengajian serta upacara gimik penyerahan telah disaksikan oleh Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Menerusi inisiatif itu, YBR menyalurkan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dengan menyalurkan RM100,000 kepada pelajar B40 UMP dengan melibatkan 100 mahasiswa dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dalam kalangan keluarga B40 dengan pemilihan mereka telah dikenal pasti Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Semua pelajar yang terlibat adalah pelajar semester satu hingga tiga di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda serta membantu meringankan beban kewangan mereka.

Dalam majlis yang sama, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat atau lebih dikenali dengan nama SIR Corner telah menyumbangkan set kelengkapan kepada perpustakaan UMP supaya dapat memberikan manfaat kepada seluruh pelajar dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan bacaan ilmiah secara digital.

Syaiful Rizal berkata, pihaknya berharap para pelajar dapat menggunakan perkhidmatan SIR Corner sebaik-baiknya serta menjadikan sebagai sumber alternatif rujukan penghasilan tesis atau tugasan melalui dunia tanpa sempadan.

Katanya, pada tahun 2022 sebanyak 20 IPT di Malaysia dan dua pusat komuniti telah terpilih menerima SIR Corner dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300,000.

YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal dan usaha itu bertujuan menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya