Azmin bertanding, jadi calon MB tak penting - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Azmin bertanding, jadi calon MB tak penting – Muhyiddin

Azmin
MUHYIDDIN Yassin bersama jentera Pemuda dari enam negeri bagi menghadapi PRN ketika pelancarannya di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penampilan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dan persoalan sama ada beliau akan dicalonkan sebagai Menteri Besar lagi sekali bukan perkara penting untuk diumumkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun persoalan tersebut akan terjawab apabila bekas Menteri Besar Selangor itu yang membuat kata putus sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

“Sama ada Azmin Ali menjadi calon Menteri Besar Selangor atau tidak, itu tak penting untuk kita umum. Nanti kita umumkan (siapa yang akan jadi Menteri Besar) apabila masa sesuai nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera Pemuda PN, semalam.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan bekas Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding di mana-mana kawasan pada PRN Selangor.

Mohamed Azmin menegaskan demikian meskipun nama beliau disebut-sebut untuk bertanding sama ada mempertahankan kerusi Bukit Antarabangsa atau berpindah di salah satu DUN di Hulu Kelang dan Morib.

Dalam pada itu Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan PN memuktamadkan pengagihan kerusi antara komponennya pada 22 Jun ini termasuk di kesemua 56 DUN Selangor yang ditandingi.

“PN belum memutuskan lagi parti mana yang akan mendapat lebih banyak kerusi di Selangor. Nanti selepas muktamad, baru kita akan umumkan berapa kerusi Bersatu dapat, Pas dapat berapa, Gerakan dapat berapa. Yang pasti, PN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN di Selangor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya