Azhar Sulaiman tersepit dengan kerenah anak - Utusan Malaysia

Azhar Sulaiman tersepit dengan kerenah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga memang mengikuti pelakon berusia 51 tahun ini di media sosial. Baik di Facebook mahupun di Instagram.

Jadi, selalu jugalah baca apa yang pelakon ini kongsikan di media sosialnya. Boleh dikatakan, Azhar seorang yang terbuka berkongsi apa sahaja topik dan yang paling ketara adalah mengenai anak gadisnya, Kasih Leona.

Memandangkan anaknya itu seorang pempengaruh, dah tentulah seputar kehidupannya menjadi perhatian ramai. Apa lagi Leona pula suka berimej seksi tak kira berada di mana. Alahai, anak remaja bukan…begitulah.

Namun, Cik Bunga faham benar dengan situasi yang membelenggu Azhar sebagai seorang bapa, apa lagi dia juga seorang selebriti. Tentu sahaja dia jadi sasaran mudah bagi netizen yang memang macam polis, segala benda hendak disiasat, dilaporkan dan dibongkarkan.

Cik Bunga percaya, sebagai bapa, Azhar tentunya sudah berbuih mulut menasihati anaknya itu baik dari segi berpakaian mahupun segala hal yang menyentuh soal peribadi. Iyalah, ibu bapa mestilah mahu anak-anaknya jadi yang baik, yang bagus bukan?

Tetapi, ramai mungkin terlupa, betapa mencabarnya ibu bapa pada zaman ini dalam membesarkan anak-anak mereka. Tak perlu kata anak perempuan saja, jaga anak lelaki pun mencabar tahu di era serba moden dan kononnya semua bebas bersuara ini.

Cik Bunga yakin, Azhar ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya, tidak cuma Leona. Memanglah Leona itu sekali tengok macam budak yang susah nak makan saman. Tetapi tak adil juga nak salahkan Azhar dengan menuduh dia tak pandai jaga anak atau seorang bapa yang tiada otak.

Hello, Azhar itu orang terpelajar tahu. Bukan artis cikai-cikai. Tak eloklah hamun dia bukan-bukan. Kalau terjadi pada diri kita sendiri agaknya baru sendiri faham, sendiri pandai pula bagi alasan.

Cik Bunga perhatikan saja sikap sesetengah orang kita yang suka menghentam sesuatu perkara atau isu itu tanpa usul periksa.

Sesekali Cik Bunga terfikir, susah juga ya berada di tempat Azhar. Tak nasihatkan anak orang kata bapa yang tak prihatin. Sudah bagi nasihat, ada yang komen kata dia tak fikir pasal tekanan si anak yang boleh terpalit dengan isu kesihatan mental. Serba tak kenalah hai! Netizen kita ini nak apa sebenarnya ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya