Ayam sambal taucu menyengat

Ayam sambal taucu menyengat

KOMBINASI rasa pedas, manis, masam dan masin taucu membangkitkan selera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RESIPI ibu pastilah tiada bandingan. Tiyah D. Kadir berkongsikan resipi Ayam Sambal Taucu turun-temurun daripada arwah ibunya yang enak dimakan bersama nasi panas. Bagi yang tidak gemar makan ayam, boleh juga digantikan dengan ikan.

Kombinasi rasa pedas, manis, masam dan masin taucu sangat sedap malah membangkitkan selera.

Bahan-bahan

  • 7 ketul kepak ayam (boleh juga gantikan dengan ikan)
  • 5 tangkai cili besar
  • 7 tangkai cili padi (kurangkan jika tidak mahu pedas)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu taucu (tidak perlu basuh)
  • Gula
  • Asam keping
  • Sos tiram
  • Daun ketumbar

Bahan perapan ayam

  • Garam
  • Kunyit serbuk

Tips

  • Pilih taucu berketul dan tidak hancur serta berkualiti.
  • Tidak terlalu masin dan tidak hapak.
  • Masak tanpa perlu garam.

Cara penyediaan

1. Kisar semua cili besar, cili padi, bawang besar dan putih.
2. Perap ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng.
3. Tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan asam keping.
5. Perasakan dengan sos tiram dan gula.
6. Masukkan taucu dan kacau sebati.
7. Rasa terlebih dahulu sebelum masukkan ayam yang telah digoreng.
8. Taburkan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya