Ayam RM10 seekor di Melaka Agrofest 2023

Ayam RM10 seekor di Melaka Agrofest 2023

PENGUNJUNG turut berpeluang membeli barangan keperluan asas seperti seekor ayam RM10. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 25,000 pengunjung dijangka menghadiri Melaka Agrofest 2023 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun ini di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Melaka Agrofest adalah penjenamaan semula Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Melaka bertujuan untuk mempromosikan hasil pertanian dan keluaran usahawan di negeri ini.

Katanya, program selama tiga hari itu disasarkan menjana jualan sebanyak RM1 juta.

“Pelbagai acara dan pertandingan menarik menanti pengunjung seperti sukaneka, makan durian, teka berat lembu sado dan jualan karavan tani. Selain itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat manfaatkan karnival pendidikan yang disertai lima institusi pengajian tinggi di Melaka.

“Pengunjung turut berpeluang membeli barangan keperluan asas seperti seekor ayam RM10 manakala ikan, telur, tepung dan minyak peket pada harga 20 sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran. Masuk adalah percuma dan pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung bertuah,” katanya dalam sidang akhbar Melaka Agrofest 2023 di sini, semalam.

MUHAMAD AKMAL Saleh (duduk, tengah) dalam sidang akhbar Melaka Agrofest 2023 di Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Hadir sama Timbalan Panglima 10 Briged Para Tentera Darat, Kolonel Khairul Anwar Soib.

Dalam pada itu, Khairul Anwar memaklumkan, pertandingan akhir kugiran Battle of The Bands Tentera Darat akan diadakan serentak dengan penganjuran Melaka Agrofest.

Katanya, tentera darat juga akan mengadakan promosi serta pameran aset-aset ketenteraan.

“Pertandingan kugiran ini merupakan acara tahunan dan tahun lalu telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kali ini kita anjurkan di Melaka bersama-sama Melaka Agrofest.

“Sebanyak 19 kumpulan yang terdiri daripada anggota tentera ini akan menyanyikan lagu patriotik ciptaan baharu dan yang berentak parodi. Acara sedemikian secara tidak langsung dapat memperkasa hubungan tentera darat dan orang awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya