ASiS kekalkan kejuaraan kali ketiga Caklempong SBP Kebangsaan

ASiS kekalkan kejuaraan kali ketiga Caklempong SBP Kebangsaan 2023

Pasukan Caklempong SM Sains Alam Shah, Cheras (ASiS) yang muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Muzik Caklempong Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan 2023 di Kubang Pasu, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Caklempong SM Sains Alam Shah, Cheras (ASiS) sekali lagi mencatat kemenangan sekali gus mengekalkan kejuaraan kali ketiga apabila dinobatkan  Johan Keseluruhan Pertandingan Muzik Caklempong Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan 2023.

Lebih manis, pasukan tersebut turut membawa pulang tiga anugerah utama iaitu Anugerah Emas Dengan Kepujian, Anugerah Pemain Gereteh Terbaik dan Anugerah Gubahan Lagu Kontemporari Terbaik.

Pertandingan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah pada 23 hingga 25 Jun 2023. 

Mula berkembang dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan, caklempong adalah alat muzik tradisional Melayu daripada keluarga gong yang diperbuat daripada gangsa.

Pasukan Caklempong ASiS adalah di bawah seliaan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Nor Ainun Muhamad.

Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima yang diiringi guru, Siti Soraya Ramli dan Nurul Adila Mohd. Roshidi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya