Apa sudah jadi dengan pelakon-pelakon High Council? - Utusan Malaysia

Apa sudah jadi dengan pelakon-pelakon High Council?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hendak dikatakan sedang mengalami kejutan budaya, rasanya tidak kena juga sebab masing-masing bukanlah terlalu asing dengan industri seni.

Masing-masing sebelum ini pasti sudah ada pengurus atau orang industri yang pernah berikan nasihat tentang ‘do’s and don’ts’ jika mahu mengabdikan diri dalam bidang seni ini.

Namun mengapa masih ada antara pelakon-pelakon baru ini yang masih ulang kesilapan orang lama ya? Apa yang Cik Bunga maksudkan adalah konsistensi dalam mengamalkan sikap profesional ketika bekerja termasuk bagaimana adab membawa diri sebagai seorang anak seni.

Satu-persatu hal tidak molek mula sampai ke telinga Cik Bunga berkenaan kerenah pelakon-pelakon drama bersiri High Council kebelakangan ini.

Mana yang mula menyombong baik dengan peminat mahupun dengan orang dalam industri, ada masalah disiplin di set penggambaran dan sebagainya. Aik? Baru berjaya dengan satu drama tak akanlah dah mula mendabik dada? Tak akanlah mula lupa diri? Kalaulah itu yang dapat Cik Bunga katakan, tentu mereka pun tak dapat menerimanya. Iyalah, siapa sahaja yang suka dirinya dikritik? Kalau boleh semua mahu menelan pujian.

Tetapi kalau benda sudah terang-terang salah, tak akanlah kita nak puji juga bukan? Adakala, bila selalu sangat makan pujian, inilah yang terjadi. Mudah lupa diri, khayalan meninggi.

Nasihat Cik Bunga untuk adik-adik pelakon baharu ini, tinggalkan sikap buruk itu segera. Sayangilah kerjaya yang telah penat lelah kamu bina walaupun mungkin belum lama macam artis-artis senior sedia ada. Nak naik bukan senang, tapi kalau jatuh, adakala boleh terduduk dibuatnya. Cik Bunga tak mahu petik setiap nama sebab semua tahu siapa yang kita maksudkan.

Cukuplah kalau Cik Bunga katakan yang pelakon drama High Council ini semua harus lebih berwaspada dan kembali ke dasar. Jangan mudah lupa diri dan hanyut dengan populariti. Nanti dengan sikap sebegini menyesal kemudian hari.

Hendak menyombong dan ‘kekwat’ tak tentu pasal ini biasanya tak akan ke mana. Hujung -hujung kita semua tetap kena survive dan cari makan demi kelangsungan hidup…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya