Apa kesudahan kisah kuari Gunung Baling, Gunung Pulai?

Apa kesudahan kisah kuari Gunung Baling, Gunung Pulai?

PENDUDUK membuat demonstrasi aman membantah pembinaan kuari batu yang melibatkan Gunung Pulai dan Gunung Baling demi keselamatan mereka di Kampung Padang Che Mas, Baling. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Lebih 12 kali bantahan dibuat oleh penduduk Kampung Sungai Limau dan Kampung Padang Che Mas, di sini mengenai projek kuari batu kapur, namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Penasihat Sahabat Alam Sik, Mohd. Sobri Ramlee berkata, bermula 2018, penduduk Kampung Sungai Limau dan kawasan sekitar Gunung Pulai telah membuat bantahan, manakala penduduk Kampung Padang Che Mas telah dua kali melakukan perkara sama sejak 2021.

“Surat-surat rasmi mengenai bantahan dan segala maklumat berkaitan pembukaan kuari batu di kaki Gunung Pulai dan Gunung Baling telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah serta kerajaan negeri, namun tiada apa-apa tindakan mahupun tindak balas diambil oleh mereka dan ia menjadi tanda tanya kepada penduduk kampung mengenai status dua kuari tersebut.

“Setahu kami, kedua-dua projek itu hanya ditangguhkan sementara sahaja, tiada surat hitam putih mengenai pembatalannya,” katanya.

Bantahan dibuat kerana kelestarian alam terancam dan musnah sekiranya diadakan kuari batu yang tapaknya tidak sampai satu kilometer (km) dengan kawasan dusun serta tempat tinggal penduduk kampung.

“Gunung Pulai mempunyai kepentingan sejarah dan arkeologinya yang tersendiri, artifak berusia lebih kurang 17,000 tahun telah ditemui di beberapa buah gua di sini dan ia mempunyai nilai yang tinggi untuk kajian sejarah,” katanya.

Sementara­ itu, Pengerusi Badan Bertindak Bantahan Kuari Batu Gunung Baling, Kamarudin Zakaria berkata, projek kuari batu hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia memberi kerugian dan kemusnahan kepada orang kampung. Wakil penduduk Kampung Sungai Limau, Abdullah Zakaria, 61, berkata, kaki Gunung Pulai pernah dicadangkan untuk projek kuari batu yang baharu. -utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya