Anwar jengah gerai makan tawar set hidangan sempena namanya

Anwar jengah gerai makan tawar set hidangan sempena namanya

PENIAGA menunjukkan set hidangan perdana menteri menu rahmah berharga RM4 di Medan Selera Sports Arena di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Impian menjadi kenyataan buat pemilik kedai makan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjengah gerai makannya di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di sini tengah hari tadi.

Apa tidaknya, gerai makan itu pernah tular sebelum ini selepas tampil unik dengan Menu Rahmah di mana setiap set hidangan nasi dinamakan sempena nama Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet.

Pemilik Warong Pecal Lele, Muhammad Sulhasbi Tahir, 29, ketika ditemui berkata, Perdana Menteri sempat memuji set hidangan nasi yang ditawarkan itu.

Katanya, dia rasa bertuah dengan kehadiran Perdana Menteri hari ini kerana pemimpin itu sempat melihat sendiri hidangan ‘Set DS Anwar Ibrahim’ yang ditawarkannya kepada pelanggan.

“Antara menu popular di gerai kami adalah Set DS Anwar Ibrahim yang kami jual pada setiap Isnin iaitu hidangan nasi putih bersama ayam masak kicap ala thai dan sayur kacang campur.

“Set lain yang popular termasuk Set DS Ahmad Zahid Hamidi (Selasa)Set DS Fadillah Yusof (Rabu), Set DS Mohamad Sabu (Khamis), Set DS Ahmad Maslan (Jumaat) dan Set YB Anthony Loke (Sabtu).

“Kesemua ditawarkan pada harga RM4 dan menawarkan pelbagai lauk termasuk ayam rendang tok, ayam madu BBQ, ayam masak cili padi, ayam masak merah dan ayam masak kurma,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri adalah kenamaan kedua hadir di gerainya selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sekitar Februari lalu.

Lebih unik, Muhammad Sulhasbi berkata, pihaknya juga turut menyediakan set hidangan yang dinamakan sempena 26 menteri lain dan ia ditukar dan digilirkan setiap minggu.

Katanya, set hidangan itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan terutama pelajar yang belajar di sini.

“Alhamdulillah, sekitar 1,000 set hidangan terjual setiap hari dan paling laku terjual adalah set hari Isnin dan Jumaat kerana menampilkan nasi hujan panas serta nasi tomato,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya