Anwar bertemu penduduk Balik Pulau buat pertama kali sebagai PM - Utusan Malaysia

Anwar bertemu penduduk Balik Pulau buat pertama kali sebagai PM

ANWAR Ibrahim ketika bertemu penduduk di sekitar Balik Pulau dalam sesi ramah-mesra bersama warga Balik Pulau di tapak pasar malam di pekarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu penduduk di sekitar daerah ini dalam sesi ramah mesra bersama warga Balik Pulau di tapak pasar malam di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Ia merupakan penampilan pertama beliau di Balik Pulau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, pada 24 November tahun lalu.

Anwar sebelum itu tiba kira-kira pukul 6.30 petang diiringi Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain.

Perdana Menteri turut meluangkan masa bermesra dan bertanya khabar dengan para pengunjung, malah tidak menolak ajakan untuk bergambar.

Seorang penduduk Balik Pulau, Anwar Yaakob, 63, berkata, dia menunggu selama 25 tahun untuk bertemu Anwar sebagai Perdana Menteri.

”Saya merupakan penyokong dan peminat Anwar, saya berminat dengan perjuangan beliau yang istiqamah sejak dari zaman muda hingga sekarang.

”Saya tidak tahu Perdana Menteri ada program di Balik Pulau hari ini, kebetulan saya melalui kawasan tapak pasar malam ini dan rakan-rakan beritahu Anwar ada di sini.

”Jadi saya tidak lepaskan peluang untuk bertemu beliau yang merupakan pemimpin idola saya,” katanya ketika ditemui di pasar malam Balik Pulau, di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Faisol Hassan, 57, berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan politik Anwar sehingga menjadi Perdana Menteri.

”Saya merupakan anak kelahiran Sungai Rusa, namun saya berpindah ke Kedah kerana bertugas di sana.

”Saya mengambil cuti hari ini untuk pulang ke kampung dan bertemu dengan Perdana Menteri di Balik Pulau serta merakamkan gambar kenangan bersama beliau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya