Anwar beri bayangan PRN diadakan Ogos

Anwar beri bayangan PRN diadakan Ogos

ANWAR Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar terbaik SPM DUN Nilai pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Setempat di Desa Cempaka, Nilai di Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri diadakan pada Ogos ini.

Perdana Menteri berkata, PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan itu mesti diadakan selewat-lewatnya pada bulan tersebut.

“Saya minta kerjasama kawan-kawan bagi sokongan kerana negeri ini akan adakan pilihan raya, Ogos mesti ada pilihan raya, lewat-lewat mesti ada pilihan raya.

“Negeri ini, (Negeri Sembilan) semua kaum ada. Ini negeri Melayu, India, Cina punya, etnik Sabah dan Sarawak punya. Kalau orang datang bawa kempen seolah-olah ini negeri India saja punya, Melayu saja punya, dia salah.

“Kita kena jaga negeri ini supaya boleh jaga semua kaum. Kalau mahu orang percaya dengan negeri ini, semua kaum dapat dijaga, kena kerja supaya jaga kerajaan Pakatan Harapan dan BN dan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Setempat di Desa Cempaka, Nilai di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Dalam majlis berkenaan, Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada enam pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi DUN Nilai. 

Baru-baru ini, Aminuddin memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya