Anderson juara Hoki B-18 MSSD Kinta Utara - Utusan Malaysia

Anderson juara Hoki B-18 MSSD Kinta Utara

PASUKAN SMK Anderson yang menjuarai kategori Lelaki Hoki B-18 MSSD Kinta Utara di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gergasi hoki sekolah-sekolah Perak, SMK Anderson, Ipoh muncul juara kategori lelaki Kejohanan Hoki B-18 Daerah Kinta Utara 2023.

Dalam perlawanan akhir di Stadium Azlan Shah di sini kelmarin, Anderson seperti dijangka membaham seteru utamanya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman ( STAR), Ipoh, 6-0.

SMK St. Michael menduduki tempat ketiga selepas mengatasi ACS 2-1 melalui penalti shoot out.

Anderson yang kalah sekali kepada STAR dalam tahun 2020, dalam proses menyediakan pemain untuk sertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2023.

Sekolah itu menghantar tiga pasukan iaitu Anderson Thunderbolts, MBI Anderson Junior dan Anderson/KPPR FELCRA Nasaruddin (Pemulihan).

Sementara itu, SMK Raja Perempuan muncul juara B-18 kategori perempuan selepas membelasah SMK Tambun 11-0.

SMK Jelapang Jaya menduduki tempat ketiga mengatasi SMk Ampang 1-0 melalui penalti shoot out. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya