Anak TYT Sabah antara dilantik Timbalan Speaker DUN - Utusan Malaysia

Anak TYT Sabah antara dilantik Timbalan Speaker DUN

AL HAMBRA Juhar (dua kiri) dan Richard Yong (kiri) mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah di hadapan Juhar Mahiruddin di Istana Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Nur Jauhar merangkap anak Yang Dipertua Negeri Sabah, Datuk Al Hambra Juhar antara dua individu dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Al Hambra dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Richard Yong mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker dihadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis pelantikan dan mengangkat sumpah itu diadakan secara ringkas dan dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Istana Kinabalu hari ini.

Kedua-dua Timbalan Speaker yang baharu dilantik itu menandatangani dokumen pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ismail Brahim.

Pelantikan itu menggantikan Datuk Ahmad Abdul Rahman serta Datuk George Ginibun bagi tempoh lima tahun.

Hadir sama ialah isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Speaker DUN, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Datuk James Ratib; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya