'Alif Satar idola saya' - Utusan Malaysia

‘Alif Satar idola saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahu bergelar penghibur yang diminati ramai, penyanyi, Ismail Izzani, 23, menjadikan selebriti versatil, Aliff Satar, 33, sebagai contoh teladan dalam karier seni.

Walaupun jarang bertentang mata dengan Aliff, Ismail berkata, dia teringin berjumpa dan mempelajari lebih banyak ilmu daripada penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu.

“Aliff Satar adalah idola sebagai seorang penghibur. Bagi saya, dia adalah seorang artis yang sangat bagus, menjaga kesihatan, boleh menyanyi, berlakon dan mengacara.

“Saya teringin hendak duduk dan belajar lebih banyak ilmu daripada dia sekiranya ada ruang dan peluang. Buat masa sekarang, saya tidak terfikir untuk menjadi seorang hos pula sebab minat terhadap muzik begitu mendalam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ismail meniti popular selepas bergelar hero dalam drama baharu di slot Akasia TV3 berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Digandingkan bersama Sofia Dendroff, pemilihan Ismail sebagai hero drama dianggap tidak sesuai sehingga ada menyamakannya sebagai watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doraemon.

Bagaimanapun, Ismail berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan kritikan tersebut, sebaliknya menganggap ia sebagai bahan promosi percuma.

“Saya lebih suka bila orang label dengan Nobita berbanding kalau orang ramai bercakap kononnya bercinta dengan heroin sampai di luar set penggambaran.

“Selain itu, penonton lebih kritik watak tak sesuai sebab nampak seperti budak-budak. Kalau gelaran ‘kayu’ itu belum pernah saya baca lagi dalam media sosial.

“Bagus juga kalau saya nampak macam baby face. Tiada apa yang buat saya rasa tertekan atau lemah semangat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya