Alami jangkitan bakteria, Madonna tangguh konsert jelajah - Utusan Malaysia

Alami jangkitan bakteria, Madonna tangguh konsert jelajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Gara-gara jangkitan bakteria, bintang antarabangsa, Madonna, 64, terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya yang dijadualkan bermula di Vancouver, Kanada 15 Julai depan.

Perkara itu dimaklumkan pengurusnya, Guy Oseary menerusi Instagram. Katanya, penyanyi dan pelakon tersebut masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak Sabtu lepas.

“Keadaannya semakin baik namun dia masih perlu menjalani rawatan,” tulisnya.

Penangguhan tersebut turut disahkan penganjur konsert berkenaan, Live Nations.

Konsert jelajah yang dinamakan sebagai Celebration itu bakal diadakan di beberapa lokasi termasuk Detroit, Chicago, New York, Miami, Los Angeles, Denver, Atlanta dan Boston.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya