Akta Kerja memadai lindungi pekerja, pelajar praktikal - Utusan Malaysia

Akta Kerja memadai lindungi pekerja, pelajar praktikal

V. SIVAKUMAR (dua dari kiri) bersama Chow Kon Yeow (dua dari kanan) mencuba sistem keselamatan dalam teknologi maya pada Majlis Perasmian NHCCE 2023 Wilayah Utara di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini. - PIc: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Akta Kerja 1955 adalah memadai untuk melindungi hak pekerja termasuk pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri (praktikal).

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, pihaknya bersedia meneliti saranan pihak tertentu yang mahu kementerian melihat semula akta tersebut bagi memastikan hak pelajar yang menjalani latihan industri terbela.

”Akta sedia ada (Akta Kerja 1955) mencukupi, namun kita akan teliti semula saranan yang dibuat oleh pihak tertentu yang mahu kita melihat Akta Kerja sedia ada,” katanya selepas menghadiri National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 – Wilayah Utara, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

NHCCE 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dengan fokus utama menumpukan kepada cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pemain industri di wilayah Utara.

Media sebelum ini melaporkan banyak syarikat ternama membuat kerahan kerja pekerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun.

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menggesa supaya cadangan mewujudkan akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri disegerakan bagi mengelakkan eksploitasi tenaga kerja.

Yang Dipertuanya, Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrain berkata, isu itu sudah terlalu lama dibiarkan dan sudah tiba masa ia segera dibentangkan ke Kabinet.

Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja untuk memastikan pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai pekerjaan.

“Kita tidak mahu mana-mana majikan membawa masuk pekerja asing secara sewenang-wenangnya jika mereka tidak mempunyai pekerjaan.

”Saya juga telah memberi arahan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk pastikan pekerja asing yang masuk ke negara kita telah mempunyai pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya