Akibat tekanan kerja, lelaki menghilangkan diri dalam hutan - Utusan Malaysia

Akibat tekanan kerja, lelaki menghilangkan diri dalam hutan

LELAKI yang melarikan diri ke dalam hutan berhampiran Terminal Meru Raya, Ipoh berjaya diselamatkan pasukan bomba semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Akibat tekanan di tempat kerja, seorang lelaki bertindak ‘menghilangkan’ diri dengan masuk ke dalam hutan berhampiran Terminal Meru Raya dekat sini.

Lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu bagaimanapun berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba selepas enam hari tinggal di hutan berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu datang ke Ipoh pada Sabtu lalu dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi bagi mengesan lelaki itu diaktifkan selepas menerima maklumat pada pukul 11.44 malam, semalam.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa memasuki hutan tersebut melalui laluan pencawang pembahagian utama (PPU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Jabatan Audit Negara.

“Komander operasi telah berjaya menghubungi lelaki terbabit melalui panggilan telefon dan dia memaklumkan ada mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan.

“Operasi mengesan lelaki itu segera dilakukan di kawasan sekitar sebelum menjumpainya pada pukul 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi disertai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya itu tamat pada pukul 3.53 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya