Ainul Mardhiah kanak-kanak masalah saraf dapat tajaan susu

Ainul Mardhiah kanak-kanak masalah saraf dapat tajaan susu berformula

PENGERUSI Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka, Razak Daud (tiga, kanan) menyampaikan susu jenama PediaSure kepada Nur Ashikin Omar di Felda Kota Gelanggi, Jerantut baru-baru ini. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BADAN Gabungan 38 Masjid Felda Wilayah Jengka menyumbang susu jenama PediaSure bernilai RM4,000 kepada adik Ainul Mardhiah Nurul Ridzuan,6, dari Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

Ainul Mardhiah mengalami gangguan saraf, kelemahan pergerakan dan kecacatan bahagian mata akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Sumbangan susu itu selama setahun dan penajaan selama enam bulan boleh disambung sekiranya mendapat permintaan daripada keluarga berkenaan.
Ainul Mardhiah anak kedua daripada empat beradik pasangan Nurul Ridzuan,44, dan Nur Ashi­kin Omar, 36, memerlukan bantuan rakyat Malaysia kerana ketua keluarga tidak bekerja.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya