Aina Abdul, jangan ego tinggi - Utusan Malaysia

Aina Abdul, jangan ego tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN sekali dua teguran diberikan kepada Aina Abdul. Rasa-rasa Cik Bunga ramai yang dah bengang juga dengan penyanyi ini yang seolah-olah ‘tak makan saman’ dengan segala teguran terutama dalam bab pemakaiannya.

Betul, tiada apa yang salahnya dengan imej yang digayakan oleh Aina kerana itu adalah pilihannya sejak dia menukar penata gaya beberapa tahun lalu.

Kalau ikutkan, Cik Bunga sendiri pun dah muak nak cakap pasal isu yang sama. Iyalah, balik-balik pasal imej, pasal baju yang digayakan Aina. Pasal jadi ‘mangsa’ fesyen.

Tetapi, apabila dia tampil sebagai juri tetap sejak empat minggu lalu untuk program Big Stage siaran Astro dengan imej yang sarat dan terlalu mahu kelihatan Avant Garde, Cik Bunga jadi kehairanan pula.

Adakah Aina tidak pernah ambil tahu dan ber kiran bahawa dia sentiasa betul tentang fesyen pelik-pelik yang digayakan dan tidak ambil pusing segala teguran orang ramai selama ini?

Bukan apa, bila ditegur dengan baik, Aina pun macam tak ambil peduli. Walhal, adakala teguran itu, baik daripada mana-mana pihak sekali pun, tak salah kalau diambil kira.

Sebab, teguran yang dibuat, bukanlah untuk menjatuhkan pun. Benda yang baik, yang bagus, Aina wajar ambil peduli.

Merendah diri, menunduk sedikit ke bumi, tiada salahnya. Bila Aina tetap berdegil, kononnya tetap dengan pendirian sendiri, orang cuma akan memandang Aina sebagai seorang yang tinggi egonya.

Cik Bunga rasa, tak salah pun kalau Aina sesekali ‘mendengar’ nasihat pihak lain atau netizen mengenai fesyen yang digayakan.

Big Stage pun bukan pentas minggu fesyen. Tujuannya untuk menyerlahkan peserta-peserta program.
Kalau juri pun sibuk nak curi ‘lime-light’ budak-budak baru nak up (BBNU) dengan fesyen sarat setiap minggu, Cik Bunga rasa tak perlulah.

Tak tahulah pula kalau pihak Astro yang beri arahan pada Aina untuk buat begitu agar ada isu yang boleh diperkatakan saban minggu untuk menghangatkan lagi program itu?

Tak mahulah Cik Bunga nak tuduh, tapi ia tidak mustahil boleh berlaku. Nasihat Cik Bunga, sekali lagi buat Aina, baiklah fokus pada bakat awak dan jangan bersikap degil dan kalis terhadap segala teguran.

Kurang-kurangkanlah gayakan baju sarat-sarat begitu ketika tampil di Big Stage. Bukan apa, tolonglah ada rasa empati sikit dengan penonton yang duduk di belakang awak!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya