Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu persembah tarikh bubar DUN esok - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu persembah tarikh bubar DUN esok

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi  mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Undangan Negeri (DUN) Terengganu, esok.

Beliau dijadualkan menghadap Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah dekat Chendering, Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi.

Ahmad Samsuri berkata, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh tersebut yang dirasakan sesuai kepada Sultan Mizan ketika sesi menghadap esok.

“Saya sudah dapat perkenan untuk menghadap Tuanku pada sebelah pagi esok. Insya-Allah pada pukul 9 pagi.

“Mengenai (tarikh pembubaran DUN), saya rasa lebih baik saya sembah maklum dulu kepada Tuanku, (jika tarikh itu dipersetujui), kemudian kita akan umum selepas itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan tarikh pembubaran DUN Terengganu pada Rabu ini manakala DUN tersebut akan terbubar secara sendirinya pada 30 Jun ini.

Sehingga kini, hanya Terengganu masih belum memutuskan tarikh pembubaran DUN.

Lima negeri yang akan berdepan PRN telah memuktamadkan tarikh pembubaran DUN iaitu Kelantan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Pulau Pinang (28 Jun), Kedah (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).

Pada PRU-14 lalu, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan memenangi 22 DUN manakala UMNO pula menang di 10 DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya