Agong serah bendera kepada peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 

Agong serah bendera kepada peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 

YANG di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Arep Kulal (tiga dari kanan). Hadir sama (dari kanan) Ahmad Fadali Burhanudin, Yusyafizal Mohd. Yusop, Rosmadi Saad, Effendy Rashid dan Mohd Farid Mohd. Yusof. - IHSAN GLOBAL EXPLORER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menyerahkan Jalur Gemilang kepada peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 (EPWK66-2023) diketuai Arep Kulal.

Ekspedisi bermotosikal itu bagi menyempurnakan misi London ke Kuala Lumpur bermula 20 Jun ini sempena Hari Kemerdekaan tahun ini. 

Ekspedisi berkenaan dijangka mengambil masa 66 hari dengan merentasi 66 bandar di 16 negara bagi mengimbas kenangan pada 1957 apabila Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membawa watikah pengisytiharan kemerdekaan Malaya dari London. 

Peserta ekspedisi bermotosikal akan menempuh perjalanan hampir 22,000 kilometer dan dijangka tiba di ibu negara pada 31 Ogos ini seterusnya menyertai perarakan Hari Kemerdekaan ke-66.

Ia adalah ekspedisi pertama membabitkan perjalanan dari Kota London ke Kuala Lumpur yang mana semua enam peserta turut dijadual singgah di 16 pejabat Kedutaan Malaysia dan enam pejabat Tourism Malaysia. 

Peserta turut membawa 5,000 rantai kunci untuk diedarkan kepada penduduk tempatan di negara yang disinggahi nanti. 

Turut sama pada majlis itu ialah lima lagi peserta EPWK66 iaitu Ahmad Fadali Burhanudin, Yusyafizal Mohd. Yusop, Rosmadi Saad, Effendy Rashid dan Mohd. Farid Mohd Yusof. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya