JAKARTA: Selepas 15 tahun berkecimpung dalam industri muzik di Indonesia, Afgan memberitahu dia tidak ingin menjadi penyanyi yang hanya berkarya dengan sebuah genre lagu.
Katanya, sebagai manusia, kita juga selalu berevolusi dengan pengalaman hidup yang berbeza-beza.
“Afgan tidak harus didefinisikan dengan satu genre, misalnya Afgan itu Rnb, Afgan itu pop,” katanya semasa sidang akhbar Konsert Evolution di Thamrin, Jakarta Pusat, hari ini.
Konsert tersebut berkonsepkan gambaran proses evolusi daripada perjalanan karier penyanyi yang terkenal dengan lagu Padamu Ku Bersujud bagi tempoh lima tahun terakhir.
Untuk rekod, Afgan sempat melancarkan album bahasa Inggeris pada 2021 dengan lagu genre RnB. Menerusi konsert itu, Afgan akan menyanyikan lagu-lagu lamanya yang kebanyakan bergenre balada.