ADUN Belantek meninggal dunia

ADUN Belantek meninggal dunia

MOHD. ISA SHAFIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Datuk Mohd. Isa Shafie meninggal dunia pada pukul 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Awal Mei lalu, Mohd. Isa, 69, dilaporkan kritikal akibat jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang serta dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.

Berita sedih berkenaan turut dikongsikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Sik.

Muhammad Sanusi turut mengimbau kenangan bersama Allahyarham sepanjang terlibat dalam dunia politik terutama di kawasan Sik setelah Mohd. Isa menang pertama kali sebagai ADUN Belantek pada 1999.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd. Isa menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 2,574 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya