'Abah tak ada, sayalah ganti dia selepas ini' - Anak Musyiri - Utusan Malaysia

‘Abah tak ada, sayalah ganti dia selepas ini’ – Anak Musyiri

HARITS Musyiri (kiri), 24, Nur Sufiah Musyiri (tengah), 12, dan Haziq Musyiri (kanan), 19, menunjukkan gambar arwah bapa mereka yang terbabit dalam kemalangan di jambatan kedua Pulau Pinang semalam ketika ditemui di rumah mereka di Nibong Tebal hari ini. - Pic IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: “Abah selalu gerak (kejut) kami untuk bangun sembahyang Subuh dan pagi semalam adalah kali terakhir dia gerak. Lepas dia tak ada ni, sayalah yang akan ganti (peranan) Abah.”

Itu kata Muhammad Harits Musyiri, 24, anak kepada seorang anggota polis bantuan, Musyiri Bakar, 49, yang maut selepas kenderaannya dirempuh sebuah lori ketika cuba membantu sebuah kereta yang rosak di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Muhammad Harits berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja di sebuah kilang di Bukit Minyak dan telefon bimbitnya pula disimpan dalam sebuah lokar.

“Dalam pukul 10 pagi, terdetik di hati saya untuk ambil telefon. Buka sahaja (telefon) tengok adik (Muhammad Haziq) telefon banyak kali (tak dijawab).

“Buka mesej (Whatsapp) pula tengok Abah dah tak ada. Masa tu ketaq (ketar) habis kaki dan tangan.

“Nak ‘start’ (hidupkan) motor pun dah tak boleh dah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Tasek, hari ini.

Jelas Muhammad Harits, walaupun masih bersedih dengan pemergian mengejut bapanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda atas pemergian tersebut.

Selain Muhammad Harits dan Muhammad Haziq, 19, Musyiri turut meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Nur Sufiah, 12, dan isteri, Suliana Mohd. Hassan, 47, yang mengalami masalah darah tinggi.

CHOW Kon Yeow menyampaikan sumbangan kepada anak Musyiri Bakar yang maut dalam kemalangan di jambatan kedua Pulau Pinang semalam ketika menziarahi keluarga berkenaan di rumah mereka di Nibong Tebal hari ini.

Terdahulu, keluarga arwah Musyiri dikunjungi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang sempat bertanya khabar serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Selain Kon Yeow, turut serta dalam ialah Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin serta pengurusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, iaitu Faisal Shahbudin.

Sementara itu, Kon Yeow yang melahirkan rasa simpati terhadap keluarga Musyiri turut berharap mangsa serta keluarganya yang berkhidmat dengan JKSB mendapat pembelaan sewajarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya