Seramai 77 orang pelajar tahfiz diraikan dalam majlis Istiadat Konvokesyen Madrasah An-Nuur (MAN) Ke-19 baru-baru ini.
Majlis diadakan di Dewan Kompleks Aman Kesang Laut Tangkak Johor itu disempurnakan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
Dalam majlis tersebut, graduan turut diarak sepanjang 7 kilometer (km) dengan menaiki 15 buah kenderaan mewah dan 15 buah motosikal berkuasa tinggi dari kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS).-utusan