441 pelajar cemerlang SPM di Kedah

441 pelajar cemerlang SPM di Kedah

ISMAIL Othman menyampaikan keputusan SPM 2022 kepada salah seorang pelajar cemerlang negeri Kedah ketika majlis pengumuman di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di negeri ini mencatatkan peningkatan Gred Purata (GP) sebanyak 0.16 iaitu sebanyak 4.98 berbanding 5.14 pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) negeri, Ismail Othman berkata, seramai 441 atau 1.81 peratus daripada 29,745 calon yang menduduki peperiksaan itu berjaya memperoleh semua gred A (cemerlang) bagi semua mata pelajaran.

Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 382 calon yang mendapat semua gred A bagi semua mata pelajaran.

Kata beliau, daripada senarai calon cemerlang tersebut, seramai 15 calon berjaya memperoleh semua gred A+ dan A bagi semua mata pelajaran diduduki.

“Selain itu, terdapat seramai lima orang calon istimewa yang turut memperoleh pencapaian cemerlang,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2022 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 19 sekolah mencapai keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 3.0 berbanding 17 sekolah pada tahun 2021 serta terdapat 66 sekolah pula melepasi pencapaian GP negeri Kedah, 4.98.

“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Alor Setar diisytiharkan sebagai sekolah terbaik pada SPM kali ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya