40 tahun kutip hasil, peneroka kena adil - MB - Utusan Malaysia

40 tahun kutip hasil, peneroka kena adil – MB

Peneroka
AMIRUDIN Shari menjawab soalan pemberita pada Sidang Media Khas Sempena Lima Tahun Pentadbiran Menteri Besar di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 500 peneroka kira-kira 1,719 hektar tanah di Kuala Selangor digesa bersikap adil terhadap kerajaan negeri selepas hasil daripada perusahaan pertanian di sana dikutip lebih 40 tahun.

Malah, kerajaan negeri dikatakan tidak mengambil sebarang bayaran ataupun cukai terhadap peneroka-peneroka tanah tersebut, sebaliknya mereka diberikan lesen menduduki sementara (TOL) untuk meneruskan aktiviti berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun pemilik tanah tersebut, Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (HSSB) membenarkan peneroka meneruskan aktiviti pertanian tersebut.

“Tetapi pendudukan mereka selama bertahun-tahun itu fair, tanah TOL, tidak ada sebarang bayaran, mungkin bayar beberapa tahun sahaja dan mereka mengaut hasil daripada situ. Kerajaan negeri tidak kenakan caj apa-apa pun.

“Itu satu perkara yang harus adil pada kerajaan, sebab ia ada unsur-unsur kepentingan awam,” katanya pada Sidang Media Khas Sempena Lima Tahun Pentadbiran Menteri Besar, hari ini.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, peneroka yang majoritinya warga emas mengusahakan sektor pertanian atas tapak seluas kira-kira 1,719 hektar di daerah ini gusar kehilangan sumber pendapatan mereka selepas tanah tersebut diambil semula kerajaan negeri.

Kesemua tanah melibatkan ribuan lot di Kampung Bestari Jaya, Raja Musa, Seri Makmor, Basfic Tin dan Taman Tennamaram diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu bagi tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran serta penternakan ikan dan ayam.

Tanah tersebut didakwa diambil semula tanpa sebarang notis bagi tujuan perlombongan pasir walaupun peneroka-peneroka di sana memaklumkan mereka sudah pun mengusahakan tanah tersebut sejak awal 1980-an dan mendapat Lesen Menduduki Sementara (TOL) pada 2003.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan, tanah tersebut akan dijadikan sebagai tapak pembinaan Pusat Takungan Air Pinggiran Sungai Hibrid (Horas) 3000 untuk meningkatkan pengeluaran air bersih pada masa akan datang.

Statusnya kita sudah mengadakan beberapa perbincangan sejak 2022 dan 2023, namun tanah itu perlu untuk pembinaan HORAS 3000 bagi memastikan bekalan air mentah yang cukup. Sekarang kita ada bekalan empat hingga enam bulan, tetapi bila HORAS 3000, kita akan mempunyai lebih MLD,” tegasnya.

Katanya lagi, isu penerokaan tanah-tanah berkenaan bukan dibangkitkan, sebaliknya kelulusan Horas dibuat sejak zaman Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar.

“Masa itu, exco-exco Pas mempertahankan dasar untuk membuat HORAS, mungkin sekarang mereka lupa,” tempelaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya