39 peserta sertai program demo buat minyak wangi

39 peserta sertai program demo buat minyak wangi anjuran WAB, Pejabat Parlimen Bangi

URUSETIA dan 39 peserta bergambar bersama selepas berakhirnya Program Demo Membuat Minyak Wangi anjuran Pejabat Parlimen Bangi dan Pertubuhan Wanita Anggun Bestari dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 9 serta MPKK Kg Bukit Dukong yang diadakan Kajang, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pertubuhan Wanita Anggun Bestari ( WAB ) dan Pejabat Parlimen Bangi menganjurkan program Demo Membuat Minyak Wangi di Balai Raya Kg Bukit Dukong, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Menurut pengerusi WAB, Haslinda Mustaffa antara objektif utama program adalah untuk mempelbagaikan kemahiran baharu , menjana pendapatan melalui keusahawanan produk minyak wangi selain bertukar pendapat dan berkongsi ilmu.

Program bermula pukul 10 pagi dihadiri seramai 39 peserta . Penganjur mengundang Mariam Sabar sebagai tenaga pengajar kepada peserta.

Program tersebut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ahli Majlis Zon 9 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Bukit Dukong. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya