SATU kejohanan catur terbuka UniKL-MSI diadakan di Dewan Ibnu Hazm, Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah baru-baru ini.
Antara objektif utama kejohanan ini adalah memperkenalkan UniKL MSI sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi teknikal di utara Semenanjung dan aktif dalam sukan catur.
Seramai 250 peserta menyertai kejohanan itu dengan tiga kategori dipertanding iaitu kategori terbuka dan kategori bawah 15 tahun. Terdapat juga kategori khas terbaik termasuk bawah 18, 12, 10, kategori veteran, kategori
UniKL serta perempuan terbuka dan perempuan bawah 15 tahun.
Kejohanan ini juga disertai 13 peserta dari Persatuan Catur Seluruh Indonesia (Percasi) Aceh dan Universiti Syiah Kuala, Aceh, Indonesia. –utusan