2,300 pek makanan masjid Tengku Mahkota Abdullah

2,300 pek makanan Juadah Makmur diagih kepada masjid Tengku Mahkota Abdullah

Petugas program Juadah Makmur kerajaan negeri bersedia mengagihkan pek makanan kepada para jemaah solat Jumaat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, bandar Jerantut, Pahang baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 2,300 pek makanan Juadah Makmur sumbangan kerajaan negeri diagihkan kepada jemaah selepas solat Jumaat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), bandar Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah berkata, program agihan makanan Juadah Makmur itu merupakan sumbangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan kerjasama pengurusan oleh Pejabat Daerah Jerantut.

“Kita bersyukur kerana jemaah berkongsi rezeki serta menikmati jamuan ini dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama ahli jemaah termasuk agensi kerajaan sekali gus menzahirkan hasrat kerajaan negeri mewujudkan kesejahteraan bersama,” katanya di pekarangan MTMAJ bandar Jerantut baru-baru ini. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya