14 pasukan berentap Kejohanan Ragbi Piala Perak - Utusan Malaysia

14 pasukan berentap Kejohanan Ragbi Piala Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 14 pasukan akan berentap dalam Kategori Terbuka Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Piala Perak yang akan berlangsung di Stadium Ragbi Perak di sini pada hujung minggu ini.

Pasukan-pasukan itu adalah UPSI Eagles, UTP Drillers, Cap Ayam RC, ACSOB, SABROBA dan IPG Ipoh .

Turut menyertai kejohanan tersebut ialah pasukan BWOB, MBI Warlord, Silver Gauruz, Ipoh Lions R, Silver Cops Stormers, 9 RRD dan RMR Warriors.

Manakala 12 pasukan akan bersaing dalam Kategori B-20 yang terdiri daripada STAROBA Rugby, UTP Drillers, HiPer U20, CARC, Blackout 2020 dan Secret RC.

Lain-lain pasukan adalah UPSI Eagles, Rhinos Warrior, Brashian Wolves, Ipoh Giants Silver Centre Rugby dan Taiping Boys.

Pengarah Kejohanan Persatuan Ragbi Negeri Perak (PRNP), S. Sevakumaran berkata, kejohanan tersebut menjadi asas pembentukan pasukan Perak untuk Kejohanan 7 S Kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh pada 21-23 Julai nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya