1,350 jeti tidak diwartakan, pendaratan ikan terjejas - Utusan Malaysia

1,350 jeti tidak diwartakan, pendaratan ikan terjejas

JETI Nelayan Sungai Yu antara sebahagian jeti di sepanjang persisir pantai Selangor yang belum diwartakan. – FACEBOOK PASAR NELAYAN SUNGAI YU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendaratan ikan di Selangor sebanyak 8,000 hingga 10,000 tan metrik sebulan be­risiko terjejas berikutan seba­nyak 1,350 jeti di seluruh negeri dikenal pasti tidak diwartakan dan berdepan risiko saman serta perobohan premis oleh pihak berkuasa berkaitan.

Jeti-jeti dikenal pasti keba­nyakannya adalah milik individu atau komuniti setempat di sepanjang pantai barat dari Sepang hingga ke Sabak Bernam yang menjadi tempat pendaratan ikan oleh nelayan-nelayan kecil atau penangkap ikan dalam kategori bot kelas A dan B.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor, Omar Abdul Rahman yang memaklumkan satu sesi dialog pernah diadakan pada tahun lalu dan pemilik-pemilik jeti serta nelayan bersetuju jeti mereka diwartakan.

Menurutnya, dalam sesi itu, pemilik jeti dan nelayan bersedia dikenakan bayaran oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi memastikan premis diwartakan pada kadar RM50 hingga RM600 setahun bergantung kepada jenis dan saiz bot.

“Jeti-jeti yang termasuk dalam senarai tersebut terma­suk di Pelabuhan Klang, Sementa, Kuala Tok Muda, Su­ngai Sembilang, Sungai Yu serta lokasi pendaratan ikan lain di sepanjang persisiran pantai.

“Susulan itu kita sudah bawa resolusi tersebut kepada LUAS namun keputusan tidak dapat dibuat sebab jeti tersebut belum diwartakan. Ia turut berbangkit pada mesyuarat agung persatuan baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Omar memberitahu, pemilik-pemilik jeti memahami prosedur yang perlu dilalui untuk mendapatkan kelulusan terma­suk penilaian daripada jabatan berkaitan seperti Jabatan Pe­ngairan dan Saliran (JPS); Jabatan Perhutanan; Pejabat Tanah dan Daerah; Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

“Ketika ini, jeti-jeti yang dibina cuma mendapat kelulusan daripada PBT, yang diwartakan di bawah LUAS pun tak sampai 10 jeti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN