10 kontena simpan aerosol terbakar - Utusan Malaysia

10 kontena simpan aerosol terbakar

Kontena terbakar
PASUKAN penyelamat dari sembilan BBP berkejar ke Northport susulan kebakaran 10 kontena terbakar dalam satu kejadian di Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 10 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara di Pelabuhan Klang, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.27 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari sembilan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke tempat kejadian.

“Kontena berkeluasan 10 x 40 kaki persegi dan 20 x 10 kaki persegi terbakar dan anggaran kemusnahan 80 peratus. Firebreak sedang dilakukan di lokas menggunakan kaedah pemadaman dan pengasinan kontena yang belum terbakar menggunakan stacker dan kren jenis RTG.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kebakaran berjaya di kawal pada pukul 11.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, BBP yang terlibat dalam operasi itu adalah Pelabuhan Klang, Andalas, Sungai Pinang, Kota Raja, Kota Anggerik, Shah Alam, Petaling Jaya, Cyberjaya dan Serdang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof memaklumkan, situasi kebakaran yang berlaku adalah terkawal dan operasi penyelamat dikendalikan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Northport serta JBPM Selangor.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dan kami akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung insiden tersebut. Dalam pada itu, kami meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak bertanggungjawab dan tidak benar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya