Zainal Abidin, Fyna Jebat bercerai? - Utusan Malaysia

Zainal Abidin, Fyna Jebat bercerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah tangga bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, dan penyanyi, Fyna Jebat, 29, dikatakan sudah berakhir.

Menerusi satu komen di media sosialnya, anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah mendedahkan bapanya sudah menceraikan penyanyi yang juga adik kepada selebriti, Ayda Jebat itu.

Dalam satu hantaran, Zahira mempertikaikan sebuah berita yang mendakwa Fyna dan isteri pertama bekas jurulatih itu, Zalina Zaini sudah berdamai.

“Kenapa perlu muat naik semula cerita empat bulan yang lepas? Also, ibu saya tidak berdamai dengan sesiapa dan berita ini tidak benar.

“Untuk pengetahuan semua, ayah saya sudah menceraikan Fyna. Tolong padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya di ruangan komen tersebut.

Dalam pada itu, Zahira menerusi Facebooknya juga memuat naik hantaran memberi bayangan kebenaran di sebalik isu tersebut.

Malah Zahira turut mengharapkan agar rumah tangga ibu bapanya bertambah erat dan bersama menempuh ujian yang datang dengan penuh kasih sayang.

Januari lalu, Fyna menoktahkan segala spekulasi apabila mengakui telah bernikah dengan bekas jurulatih tersebut.

Bagaimanapun, tiada butiran lengkap diumumkan pasangan tersebut.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan Fyna dan Zainal untuk meleraikan spekulasi tersebut tidak berhasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya