IPOH: Selepas menunaikan ibadah haji menggunakan jalan darat dengan berkonvoi motosikal merentas sembilan negara pada tahun 2016, raja kapcai, Wazi Abdul Hamid sekali lagi berpeluang menjejak kaki ke tanah suci tahun ini. Wazi akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini sebagai pengiring kepada bapa mentuanya, Mohamed Fikri Sayuti yang berusia 80 tahun. Menurutnya, ke tanah suci melalui Lembaga Tabung Haji (TH) sudah tentu satu pengalaman yang dinanti-nantikan bakal jemaah haji dari negara ini. Katanya, menunaikan ibadah haji melalui TH sudah tentu membanggakan kerana perkhidmatannya yang terbaik diiktiraf di peringkat antarabangsa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya