Waris Yaya masih dicari - Utusan Malaysia

Waris Yaya masih dicari

Waris Yaya
YAYA, seorang kanak-kanak berusia enam tahun masih belum menemui warisnya selepas dikesan berkeliaran seorang diri empat tahun lalu dekat sebuah restoran di Seksyen 13 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan yang tular ditinggalkan dekat sebuah restoran di Menara U, Seksyen 13 di sini, empat tahun lalu masih belum dituntut warisnya sehingga hari ini.

Kanak-kanak berusia enam tahun dikenali sebagai Yaya dan tiada dokumen pengenalan diri itu ditemui orang awam pada 23 Disember 2019.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, perkara itu dirujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam bagi proses penjagaan dan pemeliharaan kanak-kanak tersebut.

“Ketiadaan sebarang dokumen pengenalan diri bagaimanapun menyukarkan pihak penjaga melakukan sebarang urusan rasmi untuk kebajikannya. Justeru, kita memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ahli keluarga atau waris Yaya,” katanya, hari ini.

Yaya sebelum ini dilaporkan ditemui berpakaian lengkap itu berkeliaran seorang diri di sekitar restoran itu, kira-kira pukul 8 malam oleh pemilik premis berkenaan sebelum diserahkan kepada polis dan JKM Selangor bagi urusan lanjut.

Jelas JKM, pihaknya perlu menjalankan siasatan untuk membantu Yaya mendapat dokumen pengenalan diri selaras dengan Konvensyen Akta Kanak-Kanak 2001.

“Dia kini berada di bawah jagaan sementara institusi JKM dengan perintah Mahkamah bagi Kanak-Kanak Shah Alam. Kita berharap mana-mana waris tampil bagi membantu menguruskan hal penempatan, persekolahan dan pengurusan dokumen,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam, Fariszatul Erna Zubir di talian 03-5545 8903 atau emel ke  [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya