Warga emas wanita ditemukan mati di rumah - Utusan Malaysia

Warga emas wanita ditemukan mati di rumah

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia  di kediamannya di Kampung Batu Empat, Binjai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat wanita berusia 76 tahun itu ditemukan di dalam bilik tidurnya selepas anak perempuannya yang berusia 45 tahun yang tinggal di Kuantan, Pahang pulang ke rumah ibunya kira-kira 7.30 malam. 

Menurutnya, anak perempuannya pulang ke rumah tersebut selepas bimbang berlaku kejadian tidak diingini selepas panggilan telefon kepada ibunya itu tidak dijawab sejak dua hari lalu.

“Sebaik tiba, anaknya mendapati pintu rumah terkunci dari dalam dan dia memanggil ibunya beberapa kali, namun tidak dijawab. 

“Anaknya mengesyaki ibunya meninggal selepas dia terhidu bau busuk dari luar bilik tidur ibunya dan dia kemudiannya menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, pihak polis kemudiannya mendapatkan khidmat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai untuk membuka pintu rumah tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

“Mayat wanita itu kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kita percaya tiada sebarang unsur jenayah ditemukan setakat ini,” ujarnya.

Beliau memberitahu,  kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

HANYAN RAMLAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya