Warga emas direman kes kanak-kanak perempuan hilang - Utusan Malaysia

Warga emas direman kes kanak-kanak perempuan hilang

SEORANG warga emas berusia 70 tahun ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Taman Perda, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang Sabtu lalu. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Taman Perda, Kuala Muda, Penaga dekat sini, Sabtu lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 70 tahun dan merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu dikeluarkan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan.

Suspek yang tiba di Mahkamah Majistret Butterworth pukul 10.45 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna oren direman bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda Penaga di sini, Sabtu lalu.

Mangsa bagaimanapun dijumpai orang awam di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Keriang, Penaga, kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda, dekat sini pukul 6 petang keesokan harinya.

Siasatan awal polis mendapati, kanak-kanak itu keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira pukul 1.30 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah sehingga pukul 5 petang sebelum operasi mencari digerakkan dengan bantuan ahli keluarga serta penduduk kampung berkenaan.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga emas di rumahnya di Penaga pukul 10.30 malam tadi bagi membantu siasatan kes terbabit.

Difahamkan, suspek mengenali kanak-kanak berkenaan dan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul hingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian rahangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya