Wanita warga emas jatuh gaung 

Wanita warga emas jatuh gaung 

BOMBA membawa naik seorang warga emas yang jatuh gaung selepas dilaporkan hilang daripada rumahnya di Bandar Baru Selayang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita warga emas ditemukan terbaring di dalam gaung sedalam 12 meter di belakang rumahnya di Bandar Baru Selayang 2, Kawasan Kuari, di sini hari ini. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.21 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.

Menurutnya, kejadian membabitkan mangsa, Bainah Long, 79, yang hilang selepas bangun tidur.

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung itu.

“Mangsa disedari hilang pada pukul 1 pagi dan gagal ditemui oleh keluarganya sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, operasi mencari dilakukan pihak bomba di kawasan gaung di belakang rumahnya dan mangsa ditemukan pada 3.40 pagi dalam keadaan terbaring.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya