Wanita Kerajaan Perpaduan diseru santuni rakyat

Wanita Kerajaan Perpaduan diseru santuni rakyat

FADHLINA Sidek ketika menyampaikan perbahasan bicara wanita di Konvensyen Wanita Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap jentera parti di dalam Kerajaan Perpaduan diseru untuk terus menyantuni rakyat bagi memastikan kemenangan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal berlangsung nanti.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak perlu menunjukkan kesediaan bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi rakyat.

Menurut beliau, ia juga sebagai usaha bagi memastikan kemenangan dalam PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Tujuan kita berhimpun hari ini adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita bersedia untuk berkhidmat dan memastikan kemenangan PRN di enam negeri.

“Pastikan puan-puan turun ke akar rumput untuk berjumpa rakyat, ketuk setiap pintu dan pintu hati rakyat serta berikan jaminan bahawa ini adalah kerajaan yang terbaik dan paling stabil untuk mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya semasa menyampaikan perbahasan dalam bicara wanita Kerajaan Perpaduan.

Antara negeri yang bakal berhadapan dengan PRN tidak lama lagi adalah Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan.

Ketika ini Kedah, Terengganu dan Kelantan dikuasai oleh Pas, manakala Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod, penganjuran Konvensyen Nasional di Pusat Dagangan Dunia merupakan himpunan daripada 19 parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya