Unimap terus teroka bidang aeroangkasa, maritim - Utusan Malaysia

Unimap terus teroka bidang aeroangkasa, maritim

Zaliman Sauli (kanan) memeterai surat pernyataan hasrat (LOI) dengan dua syarikat iaitu Global Turbine Asia Sdn. Bhd. dan Destini Bhd. sambil disaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di MIEC di Langkawi, Kedah di sini semalam. - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) meluaskan penerokaan berkaitan bidang aeroangkasa dan maritim dengan memeterai surat pernyataan hasrat (LOI) dengan pemain-pemain industri berkaitan.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, universiti itu memeterai LOI dengan dua syarikat iaitu Global Turbine Asia Sdn. Bhd. dan Destini Bhd. bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu.

“Kedua-dua syarikat berkenaan mempunyai kepakaran dan mampu dimanfaat sepenuhnya oleh institusi pendidikan tinggi itu bagi meneroka kedua-dua bidang dengan lebih meluas.

“Kita boleh berkongsi kepakaran, menyediakan latihan kemahiran dan pembangunan bakat kepada pelajar mahupun tenaga pengajar bersama tenaga kerja dari kedua syarikat terbabit,” katanya selepas Majlis Serahan Surat Pernyataan Hasrat antara Unimap dengan Global Turbine Asia Sdn Bhd dan Destini Bhd di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini semalam.

LOI itu ditandatangani Unimap yang diwakili Zaliman bersama Pengerusi Global Turbine Sdn. Bhd. Datuk Nonee Ashirin Mohd. Radzi serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Destini Bhd. Datuk Mohd. Zahir Zahur Hussain.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Pemangku Raja Perlis merangkap Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga Pro Canselor Unimap.

Tambah Zaliman lagi, pihaknya turut berhasrat untuk menghantar pelajar-pelajar Unimap menjalani latihan industri seterusnya mengembangkan lagi bakat serta kepakaran produk keluaran universiti itu dalam bidang berkaitan.

Katanya lagi, universiti itu juga bersedia melakukan pemindahan teknologi serta mewujudkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dalam kedua-dua bidang dengan lebih mendalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya