Unimap sentiasa tawarkan peluang unik - Utusan Malaysia

Unimap sentiasa tawarkan peluang unik

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) ketika majlis makan malam Unimap bersama Jabatan Pengajian Tinggi yang turut dihadiri Ngampasong Meuangmany (kanan) di The Cliff, Langkawi semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) akan sentiasa berusaha menawarkan sesuatu yang unik kepada pelajar, industri dan pemegang taruhnya.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Unimap bertitah, ia susulan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan institusi pengajian tinggi itu.

“Adalah diyakini bahawa Unimap akan terus melahirkan ramai graduan yang berupaya berdepan dengan cabaran industri 4.0 dengan berminda usahawan, inovatif serta diperkasakan dengan nilai kemanusiaan yang holistik,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh universiti berkenaan di Restoran The Cliff, Pulau Langkawi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa 2023 (LIMA’23) semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan & Antarabangsa) Ahmad Rizal Adnan; Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Sharil Abdullah; dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Raymond Teoh.

Pada program yang sama baginda turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Ngampasong Meuangmany.

Dalam pertemuan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan berkongsi pengalaman hasil lawatan kerja baginda mengetuai delegasi Unimap ke Vientiane dan Luang Prabang pada tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya