UMNO terus utuh dengan semangat perjuangan

UMNO terus utuh dengan semangat perjuangan berkhidmat kepada rakyat

UMNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli UMNO terus utuh dan teguh dengan semangat dan jiwa perjuangan untuk terus berkhidmat kepada rakyat menjelang usia parti itu yang sudah menjangkau 77 tahun. 

Ketua Wanitanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, UMNO ditubuhkan 77 tahun yang lalu atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. 

Beliau berkata, ia agar orang Melayu tidak hilang hak dan kuasa di atas tanah air sendiri. 

“Kini UMNO melangkah ke usia matangnya 77 tahun, jatuh bangun UMNO dalam politik menjadikan kita orang UMNO kian marak dan segar dengan erti perjuangan. 

“Hati kita, ‘orang UMNO’ kian utuh dan teguh, dengan semangat dan jiwa untuk terus berkhidmat kepada rakyat; semangat kita, orang UMNO terus mantap dan ampuh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Justeru, Noraini yakin dan percaya, semangat juang itu tidak akan pernah luntur sama sekali, dulu kini dan selamanya. 

“Selamat menyambut ulang tahun UMNO yang ke 77 buat semua ahli UMNO seluruh negara,” katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya