Ulang tahun ke-77: UMNO akan terus kekal relevan - Utusan Malaysia

Ulang tahun ke-77: UMNO akan terus kekal relevan

MUSA SHEIKH FADZIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: UMNO akan terus kekal revelan di negara ini demi meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan pahit getir demi menjaga kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sejak lebih 70 tahun lalu.

”Wadah perjuangan UMNO untuk berjuang demi kepentingan orang Melayu, agama dan kemakmuran negara ini akan diteruskan walaupun pelbagai cabaran telah UMNO tempuhi.

”Sempena ulang tahun penubuhan UMNO yang ke-77 ini, saya yakin UMNO akan terus kekal relevan kepada semua pihak termasuk generasi muda,” katanya kepada Utusan Malaysia sempena ulang tahun UMNO ke-77 hari ini.

Menurut Musa, beliau sedar ramai pihak terutama generasi muda yang sangsi dengan perjuangan UMNO pada masa ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin sehingga hari ini perjuangan UMNO tidak pernah tersasar daripada matlamat utamanya.

”UMNO akan terus memberikan penerangan kepada generasi muda supaya mereka faham tentang perjuangan parti ini.

”Sekarang terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada UMNO sehingga orang muda tidak memahami inti sebenar perjuangan dan matlamat parti ini untuk rakyat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya