UiTM Perak cawangan pertama perkenal Kad Rakan Media - Utusan Malaysia

UiTM Perak cawangan pertama perkenal Kad Rakan Media

NUR Hisham Ibrahim (empat dari kiri) bersama wartawan yang menerima serahan Kad Rakan Media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Perak di Seri Iskandar dekat Parit hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak di Seri Iskandar di sini menjadi cawangan pertama universiti itu yang memperkenalkan Kad Rakan Media untuk pengamal media di negeri ini .

Rektornya, Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim berkata, kad itu membolehkan pengamal media memasuki pekarangan kampus dengan lebih mudah selain dibenarkan untuk menggunakan fasiliti tertentu di kampus itu.

Beliau berkata, idea untuk memperkenalkan Kad Rakan Media itu adalah hasil daripada kerjasama yang telah dijalin dengan pemain-pemain dalam industri media sebelum ini.

“Inisiatif Kad Rakan Media ini adalah untuk menghargai rakan-rakan media yang menyokong setiap aktiviti dilaksanakan di UiTM dan menguar-uarkannya.

“Kad ini akan memudahkan urusan mereka untuk datang ke UiTM Perak, kita hendak hubungan yang dijalin ini berterusan dan Kad Rakan Media ini merupakan platform untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Perak di Dewan Seri Iskandar, UiTM Seri Iskandar di sini hari ini.

Nur Hisham berkata, semua pegawai pusat tanggungjawab (PTJ) di UiTM Perak akan dimaklumkan mengenai Kad Rakan Media tersebut agar urusan berkaitan seperti mendapatkan bahan berita dapat dijalankan dengan lancar.

“Antara fasiliti yang boleh diakses media pada peringkat permulaan ini termasuklah perpustakaan dan pusat sukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya