UiTM jangka terima 70,000 permohonan kemasukan - Utusan Malaysia

UiTM jangka terima 70,000 permohonan kemasukan

UiTM
Kerajaan diminta menaikkan gaji sehingga 30 peratus sebagai satu usaha untuk melakukan pela­rasan gaji pensyarah dan penjawat awam. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dianggarkan sebanyak 17.3 peratus atau 70,000 daripada 403,637 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan memohon kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada kemasukan bagi semester pada September tahun ini.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor, daripada jumlah tersebut seramai 22,000 hingga 25,000 calon akan ditawarkan tempat bagi kemasukan pada semester akan datang.

“Kita akan cuba sedaya upaya (membantu) namun mereka perlu mematuhi kriteria. Kena ikut merit. Itu sebab kita ada sistem, mana yang layak dahulu, mereka masuk maklumat dalam sistem dan mohonlah bidang dikehendaki, jadi peluang hendak dapat lebih mudah. Tak layak (bidang dikehendaki), tetapi mohon juga, memang kena tolak.

“Bila keputusan SPM keluar, kita akan buka pada 20 Mei, pelancarannya oleh Kementerian (Pendidikan Tinggi) pada 21 Mei tak silap saya di Johor, tetapi untuk kami, 3 dan 4 Jun nanti ada Ekspo Selangkah Ke UiTM,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Majlis Sua Raya Aidilfitri, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau turut memaklumkan pemisahan Pusat Pengajian Komunikasi dan Media (PPKM) daripada Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) sedang dilaksanakan.

Pemisahan tersebut melibatkan pembentukan semula Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media menggunakan nama seperti sebelum ini dan barisan kepimpinannya.

“Kita sudah bawa masuk ke dalam Majlis Eksekutif Universiti (MEU), Insha-Allah kita akan bawa ke Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dahulu dan kementerian. Memang perkembangannya baik. Kita sudah ada tindakan yang hendak dilaksanakan.

“Kita juga ada minit perjumpaan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, dan kita akan laksanakan mengikut proses yang teratur. Mungkin semester depan sudah boleh mula. LPU sahaja belum bersidang lagi untuk membincangkan perkara tersebut.

“Insha-Allah, sudah ada kepimpinan baharu fakulti, cuma kita belum temuduga. Saya akan buat temuduga memilih (Dekan), nama-namanya sudah ada dan kita akan melaksanakannya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya