PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di seluruh negara yang mempunyai murid kurang daripada 15 orang wajar ditutup bagi menjimatkan banyak kos perbelanjaan kerajaan. Selain itu, sekolah tersebut patut disatukan dengan sekolah-sekolah lain yang berhampiran agar memudahkan pengurusan semua pihak. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md. Kechik berkata, penutupan sekolah-sekolah ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan, malah, menjimatkan penggunaan guru dan pentadbir sekolah. Kata beliau, ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) tetap perlu mengeluarkan sejumlah peruntukan bagi menampung semua kos pembangunan sekolah-sekolah ini. “Guru di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya