Tuanku Zara sempurnakan majlis sumbangan peralatan perubatan di HRPB - Utusan Malaysia

Tuanku Zara sempurnakan majlis sumbangan peralatan perubatan di HRPB

TUANKU Zara Salim melihat peralatan perubatan yang disumbangkan oleh IIFW pada majlis penyerahan di KWKK, HRPB di Ipoh. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada International Ipoh Fashion Week (IIFW) di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda di bangunan kompleks itu diiringi isteri Menteri Besar, Datin Seri Aezer Zubin; Penaung IIFW yang juga Pengerusi Perak Food Bank, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Pengarah HRPB, Dr. Megat Iskandar Megat Abdul Hamid.

Sebelum majlis penyerahan sumbangan, Tuanku Zara berkenan melawat dan beramah mesra dengan kanak-kanak di Wad Perubatan Pediatrik, Wad Pediatrik ICU, Wad Pediatrik HDU HT dan Wad Pediatrik Surgikal KWKK di hospital itu.

Sementara itu, IIFWTM 2022 yang berlangsung pada 17 hingga 20 Oktober tahun lalu berjaya mengumpul dana sebanyak RM104,883 untuk membeli tiga peralatan perubatan iaitu Video Flexible Laryngoscope Without Working Channel, Fabian Therapy Evolution dan Pulse Oxymeter with Reporting Software yang disumbangkan untuk kegunaan Wad Pediatrik di hospital tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya