Tong gas LPG meletup, kereta rosak teruk

Tong gas LPG meletup, kereta rosak teruk

SEBUAH kereta Proton Saga rosak teruk akibat tong gas LPG yang diletakkan dalam kereta Proton Saga meletup di Flat Dahlia, Bentong, Pahang, hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Sebuah kereta Proton Saga rosak teruk akibat letupan yang berlaku di tempat letak kereta di bawah Flat Dahlia, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, komander operasi, Engku Fadzir Engku Man melaporkan dalam kejadian pada pukul 11.44 pagi hari ini punca letupan dipercayai datang dari sebuah tong gas LPG yang berada di dalam kereta tersebut.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kejadian letupan itu benar berlaku dipercayai datang dari sebuah tong gas.

“Tong gas itu diletakkan terbaring di bahagian tempat duduk penumpang belakang, letupan itu tidak melibatkan kebakaran dan kemalangan kepada mangsa,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan jangan meletakkan bahan mudah terbakar dan meletup yang ditinggalkan di dalam kereta terutama ketika musim suhu panas ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya